STRESS?? TENSION ?? SUSAH HATI??
Jangan risau ye ibu-ibu sekalian. Mari saya kongsikan tips-tips untuk perbanyakkan penghasilan SUSU IBU.
Kerapkan mengepam/memerah atau menyusu
Pam 2 jam sekali, buat 4 sesi di pejabat (kalau boleh) dan tambahkan sesi mengepam di rumah. Fahami asas penyusuan di mana LEBIH BANYAK KITA KELUARKAN, SUSU LEBIH BANYAK TERHASIL.
Pastikan bayi menyusu dengan lekapan yang betul.
Perhatikan bagaimana bayi anda menyusu dan pastikan ia menghisap areola (bahagian gelap di sekeliling puting) bukan menghisap puting payudara. Jika salah lekapan ia akan membuatkan puting payudara tercedera dan menyukarkan lagi penyusuan.
Buat power-pumping
Tawarkan kedua payudara setiap kali menyusu. Jika dengan sebelah payudara sahaja bayi sudah kenyang, pastikan anda mengepam di sebelah payudara lagi. Bergilir-gilir setiap 10minit jika anda menggunakan single pam.
Guna pam payudara bergred hospital seperti Spectra3 atau Medela
Banyak pilihan yang ada di pasaran. Sama ada yang berelektrik atau manual, single pumping atau double pumping. INVEST ON A GOOD BREASTPUMP!
Pemilihan dan penggunaan pam payudara yang betul akan membantu penghasilan hormon prolaktin. Hormon prolaktin ialah hormon yang merangsang penghasilan susu.
Banyakkan DIRECT FEEDING apabila berada di rumah.
Elakkan memberi susu melalui botol susu atau puting. Hisapan dari mulut bayi adalah 'pam' terbaik.
Banyakkan minum air masak, ambil makanan yang kaya dengan protein, kalsium, zink, karbohidrat untuk penghasilan susu
Ibu kena banyak berehat dan bertenang. Kalau boleh ambil cuti 2, 3 hari untuk banyakkan direct feeding dengan bayi.
Menukar posisi penyusuan agar bayi tidak mudah jemu dan supaya lebih selesa
Ini penting supaya proses penyusuan berjalan lancar. Ibu dan bayi perlu berada dalam keadaan selesa agar proses penyusuan tidak terganggu.
Mengepam selepas penyusuan direct feeding dengan bayi
Matlamat mengepam selepas penyusuan adalah untuk mengosongkan payudara kerana ini akan menghantar signal kepada otak supaya payudara menghasilkan lebih banyak susu. Jangan dikisah sangat berapa yang dapat selepas menyusu kerana yang paling penting adalah memperbanyakkan rangsangan.
Pesan kepada pengasuh anda lagi 1 jam anda ingin sampai di taska jangan beri EBM di dalam botol.
EBM yang lebih boleh disimpan untuk keesokan harinya.
Pengambilan penggalak susu atau MILK BOOSTER adalah perkara yang terakhir selepas usaha – usaha di atas anda telah lakukan.
==============================================================================================================================
DR NADHILA RAHMAN
FB FANPAGE DR NADHILA TOTAL WELLNESS
012 679 1985
No comments:
Post a Comment