Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:- tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
- susu atau yogurt rendah lemak;
- sup jernih.
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
- protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
- karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
- dan, banyak sayur-sayuran.
- Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
- Sukat air masak dalam botol sebanyak 2LITER dan minum dari berbuka hingga imsak.
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
- nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
- bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak; dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
- Ambil supplemen tambahan jika perlu. Cadangan supplemen tambahan kami ketika berpuasa ialah MIGHTY 3 GEMS ( MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINKS + ESP ) + 0at
- Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:- Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
- Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
SOURCE
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haaa... menarik kan..? Siapa kata kalau hamil kita tak perlu puasa. Insyaallah kalau kena caranya dan kalau ikut tips di atas Insyaallah boleh. Saya semasa mengandungkan Iman dan Maryam memang tak tinggal MIGHTY 3 GEMS. Mesti ambil ketika bersahur dan berbuka puasa. Alhamdulillah, mampu nak berterawih dan melakukan ibadat sunat di malam hari.
Sebagai ibu hamil memang memerlukan tenaga dan sumber TAMBAHAN sebagai sokongan. Ini PENTING dalam memberikan TENAGA dan supaya TIDAK DEHYDRATED.
Jadi, jika anda inginkan set MIGHTY 3 GEMS, jangan ragu2 HUBUNGI saya. Pastinya TIPS EKSLUSIF dan panduan pemakanan akan diberikan kepada anda.
LOTS OF LOVE,
Dr Nadhila Rahman
012-6791985

No comments:
Post a Comment